Thursday, 06 May 2021 23:50

KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN BERSARA DARIPADA PERKHIDMATAN

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 20 April 2021 - Setelah lebih daripada 23 tahun berkhidmat di Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Ketua Bahagian Pentadbiran, Puan Norhayati binti Ahmad menamatkan perkhidmatan terakhir beliau pada hari ini.

Puan Norhayati disifatkan sebagai seorang yang banyak memberikan tunjuk ajar, menunjukkan teladan, peramah, cergas dan bertanggung jawab kepada semua pegawai.

Majlis persaraan beliau yang diadakan pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang pada 20 Mac 2021 di Swiss-Bell Hotel, Kuantan. Lebih manis, dalam majlis tersebut juga beliau turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai penghargaan di atas perkhidmatan yang cemerlang ditunjukkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat di Bahagian Pentadbiran PKZ Pahang.

Dalam kesempatan yang ada, beliau juga berpesan kepada pegawai-pegawai muda yang masih berkhidmat agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, terus menyambung kecemerlangan PKZ Pahang dan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Seluruh warga kerja PKZ Pahang mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau.

Disediakan oleh,
Noraidah binti Mustafa

Read 149 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG