Friday, 07 May 2021 00:04

SERAHAN ZAKAT BADAN KORPORAT

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 30 April 2021 – Tujuh (7) badan korporat telah menyerahkan zakat perniagaan lebih RM1.2 juta ringgit bagi tahun 2020 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Istana Abdulaziz, Bukit Istana, Kuantan pada 30 April dan 5 Mei 2021 lalu.

Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud serta para pegawai dan kakitangan PKZ Pahang serta badan korporat yang terlibat.

Pembayar zakat zakat pada hari ini adalah ;
1. Fomema Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengerusinya YHM Tengku Dato’ Indera Abu Bakar bin Tengku Tan Sri Abdullah telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM720,000.00 manakala
2. Koperasi Makmur Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusinya, Encik Hishamuddin bin Abdullah menyerahkan zakat sebanyak RM325,630.70.
3. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin, diwakili oleh Pengerusinya, YH Dato’ Haji Md Rusli bin Ismail menyerahkan zakat berjumlah RM80,638.45.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat yang terlibat kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Read 141 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG