Friday, 25 June 2021 13:22

PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN JADI PILIHAN

Rate this item
(0 votes)

Dalam musim pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini, semua perkhidmatan kaunter jabatan-jabatan telah diarahkan tutup serta dilarang untuk berurusan dengan pihak luar termasuklah perkhidmatan kaunter Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang).

Pilihan terbaik untuk orang ramai menunaikan kewajipan zakat dalam musim PKP ini adalah secara atas talian. Pembayaran zakat boleh dibuat melalui FPX (Financial Process Exchange), 11 saluran perbankan internet, aplikasi Pahang Go, portal MyEg, Pos Online dan E-Wallet. Kelebihan menunaikan zakat secara atas talian adalah ianya lebih cepat, selamat, boleh dilaksanakan di mana-mana dan yang lebih penting ianya dapat mengelak daripada jangkitan pandemic Covid-19.

Sehingga ke 23 Jun tahun ini, seramai 24,695 orang telah menunaikan zakat secara atas talian dengan amaun sebanyak RM7.72 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020 iaitu seramai 12,919 orang dengan amaun sebanyak RM4.88 juta. Ini bermakna berlakunya peningkatan ketara pembayaran melalui saluran ini iaitu peningkatan bayaran sebanyak RM2.8 juta (58%) dan peningkatan pembayar seramai 11,776 orang (91%).

Para pengguna yang ingin membuat bayaran zakat boleh melayari laman sesawang PKZ Pahang di alamat https://zakatpahang.my/ dan cari menu bayaran atau boleh follow fb PKZ Pahang : Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Disediakan oleh,
Haji Che Samsol bin Ibrahim

Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam

Read 235 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG