Monday, 27 August 2018 04:40

MAJLIS TANDATANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Rate this item
(0 votes)

10 Ogos 2018 – Muadzam Shah, Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman antara Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Universiti Tenaga Nasional cawangan Muadzam Shah.

Pada jam 10.30 pagi, majlis ini dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan Dato’ Hj Halidan Md Daud diiringi oleh Haji Che Samsol Ibrahim Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang, disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha selaku naib canselor Universiti Tenaga Nasional. Turut hadir dalam majlis ini barisan wakil dari UNITEN Y.Bhg. Prof Dr Salina daud Naib Canselor, dan Y.Bhg. Prof Madya Dr Bakhtiar Alrazi Dekan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan, serta wakil Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) iaitu Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abu Bakar selaku Presiden persatuan tersebut.

Perjanjian persefahaman ini dibuat untuk membuka peluang kepada kedua-dua pihak menerima manfaat dalam pelbagai cabang yang ada daripada pihak PKZP atau UNITEN itu sendiri, yang mana boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan masyarakat umumnya.

Semoga ikatan rasmi persefahaman ini memberi faedah yang semaksimum mungkin dalam melastarikan objektif memorandum yang ditandatangani.

Read 31 times
© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG