Monday, 28 June 2021 12:36

PELAKSANAAN WAJIB TAKSIR PENDAPATAN

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 28 JUN 2021 - Semua kakitangan kerajaan dan swasta yang berkhidmat di negeri Pahang diwajibkan membuat taksiran zakat pendapatan mereka. Taksiran zakat pendapatan boleh dibuat dengan mudah dan tepat secara atas talian melalui portal ezid.my.

Bagi individu-individu yang belum pernah membuat taksiran zakat perlu mendaftar di portal ezid.my dan boleh membuat taksiran tersebut. Taksiran tersebut perlu dilakukan setiap tahun melalui portal ezid.my. Untuk tahun 2021, penghantaran arahan taksiran dalam bentuk surat dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada individu yang belum ada rekod bayar serta individu yang melebihi tiga tahun tidak mengemaskini bayaran zakat.

Kakitangan yang gagal atau tidak mengembalikan maklumat taksiran zakat pendapatan kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP) setelah tamat tempoh yang diberikan, individu terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Enakmen kesalahan Jenayah Syariah 2013 dibawah Seksyen 24 (Enggan Memberi Taksiran Pendapatan) dan Seksyen 40 (tidak membayar zakat atau fitrah).

Bagi individu yang telah melepasi syarat wajib zakat, pembayaran zakat boleh dibuat secara atas talian seperti Zakat Online, potong gaji, FPX, PahangGo, Snapnpay dan di kaunter-kaunter cawangan yang berdekatan.

Semoga kewajipan zakat yang dilaksanakan mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi Unit Taksir zakat di talian 095131515 (Am) atau 095316764 (UTZ).

Disediakan oleh,

Mohd Farid bin Ishak

Ketua Unit Taksir Zakat

Read 260 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG