Friday, 16 July 2021 12:58

MUIP PERUNTUKAN 21.4 JUTA UNTUK BANTUAN SEMPENA COVID-19

Rate this item
(1 Vote)

PEKAN, 09 Julai 2021 – Sempena dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan di seluruh negara bermula 18 Mei 2021 lalu, maka banyak golongan yang terkesan dari segi kewangan akibat sekatan ekonomi yang dilaksanakan menyebabkan mereka tidak dapat mencari rezeki untuk tanggungan mereka.

Memahami suasana itu, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah bertindak proaktif  menyampaikan bantuan kepada golongan yang berhak menerima bantuan di seluruh negeri Pahang. Dalam tempoh dua bulan PKP terlaksana, MUIP telah mengagihkan bantuan kepada 95,293 penerima dengan jumlah bantuan sebanyak RM21.4 juta dengan  penerima teramai adalah daripada golongan terkesan akibat pandemik melalui e-asnaf iaitu seramai 58,135 orang dengan jumlah RM15.3 juta. Penerima lain terdiri daripada asnaf fakir miskin, golongan gelandangan, pegawai-pegawai masjid, pusat-pusat kuarantin, tenaga pengajar maahad tahfiz, pendakwah bebas dan para pelajar IPT (lockdown di kampus).

Walaupun tempoh borang e-asnaf secara atas  talian telah pun berakhir pada 28 Jun 2021 lalu (tarikh PKP 3.0 berakhir), para memohon yang masih memerlukan bantuan boleh terus menghubungi MUIP Cawangan di setiap daerah atau memohon secara atas talian melalui laman sesawang MUIP, www.muip.gov.my.

Semoga dengan bantuan yang disampaikan tersebut dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh asnaf sepanjang PKP 3.0 terlaksana. Pihak MUIP merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada para pembayar zakat, keranadengan komitmen para pembayar pihak MUIP dapat memanjangkan bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan.

Sumber : FB House Of Pahang

Read 510 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG