Thursday, 09 September 2021 00:30

KELAS BETULKAN BACAAN QURAN BERSAMA USTAZ AHMAD TARMIZI DAN SHUIB

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN, 07 September 2021 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengambil insiatif untuk menganjurkan kelas membetulkan bacaan al-Quran secara dalam talian bersama orang ramai melalui medium facebook rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memantapkan lagi bacaan al-Quran di kalangan kakitangan dan follower setia fb. Kelas ini dibimbing oleh Qari terkenal yang juga selibriti televisyen iaitu al Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abd Rahman. Melalui kelas ini, Ustaz Tarmizi memberi tumpuan untuk membetulkan bacaan dan sebutan huruf bermula dari surah al-Fatihah dan surah-surah lazim. Di samping itu juga al fadhil ustaz turut memberi pendedahan tentang taranum asas bagi menambah kesegaran dalam bacaan quran.

Kelas dalam talian ini berkeudara setiap hari Selasa dari jam 10.00 sehingga 11.00 pagi setiap minggu dan telah disertai oleh 10 pelajar tetap serta hampir 400 orang followers saban minggu. Menariknya, dalam siri-siri terakhir ini, kelas ini juga turut disertai oleh selebriti dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu. Saudara Shuib secara aktif terlibat mengalunkan bacaan yang sangat bagus diselangi dengan usikan mesranya di kalangan pelajar, ini secara tidak langsung menghidupkan lagi lagi suasana kelas.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas ini bolehlah la melayari facebook   ‘Pusat Kutipan Zakat Pahang’ sepertimana masa dinyatakan.

Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan agama, PKZ Pahang mengingatkan kakitangan agar sentiasa mendampingi al Quran dan mengamalkan setiap panduan dan hukum hakam yang termaktub di dalamnya.

Read 88 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG