Monday, 27 August 2018 06:28

SEMINAR PERSIJILAN TAKSIRAN ZAKAT 2018

Rate this item
(0 votes)

Muadzam Shah -10 & 11 Ogos 2018 bersamaan 28 & 29 Zulkaedah 1439H

Seminar Persijilan Taksiran Zakat 2018 telah berlangsung selama dua hari, seminar ini dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kerjasama Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP).

Seramai 100 peserta yang hadir dalam seminar tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar dari kursus perakaunan, pengurusan business serta pengamal-pengamal perakaunan dan perniagaan.

Seminar ini dilaksanakan untuk memupuk generasi berzakat, bersesuaian dengan keperluan dalam menyebarkan pengetahuan tentang zakat pada peringkat awal, program seminar ini dilakukan setiap tahun bagi menyebarkan fahaman tentang zakat secara berterusan kepada pelajar-pelajar IPT di sekitar negeri Pahang.

Semoga dengan usaha ini dapatlah kita bersama memahami keperluan menunaikan ibadah zakat yang ramai lagi masih tidak mengetahui serta masih lagi keliru terhadap pensyariatan zakat.

Sekiranya anda ingin mengadakan program Seminar tentang Zakat di IPT anda, bolehlah menghubungi Pusat Kutipan Zakat Pahang 09-5131515.

Read 44 times
© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG