Thursday, 18 November 2021 13:19

MCDONALD’S MALAYSIA BERZAKAT

Rate this item
(0 votes)

Putrajaya, 16 November 2021 – McDonald’s Malaysia telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2021 berjumlah RM2 Juta kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam majlis serahan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia peringkat nasional yang bertempat di McDonald’s Putrajaya Persint 2.

Sebagai sebuah entiti perniagaan yang dimiliki penuh oleh muslim iaitu Reza Group yang berpangkalan di Arab Saudi, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM6.5 juta semenjak mengambil alih syarikat dari tahun 2017. Keseluruhannya McDonald’s Malaysia mempunyai 300 rangkaian outlet di seluruh negara.

Dalam majlis serahan zakat korporat  peringkat nasional tahun ini, McDonald’s Malaysia membayar zakat korporat berjumlah RM2 juta kepada setiap wakil setiap negeri yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Hj Marzuk bin Shaary. Pihak McDonald’s Malaysia telah diwakili oleh Pengarah Urusannya, Encik Azmir bin Jaafar manakala PKZ Pahang telah diwakili oleh Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada McDonald’s Malaysia kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Disediakan oleh,
Ahmad Fauzi bin Mansor
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 67 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG