Friday, 19 November 2021 10:54

103 GURU BESAR DAN PENGETUA HADIR MAJIS PELANCARAN SKIM WAKALAH ZAKAT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUANTAN

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 15 November 2021 - Suatu program kolaborasi rakan strategik kali ke 2, Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan Majlis Guru Besar dan Majlis Pengetua Daerah Kuantan telah dilaksanakan pada 15 November 2021 bertempat di Auditorium Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. 

Alhamdulillah, kali ini seramai 103 daripada 120 Guru Besar dan Pengetua Sekolah-Sekolah Daerah Kuantan telah menghadiri Majlis Pelancaran Skim Wakalah Zakat di dalam majlis tersebut. Pengisian Khas Quality Moment 2 bersama YBhg Prof Madya Dr Haji Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor  Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah bertajuk “Laksana Kewajipan Tanggungjawab Bersama’ menghuraikan tentang peranan pemimpin dan kepimpinan barakah serta keberkatan berzakat. 

Manakala pengisian tutorial berkenaan Garis Panduan dan Syarat Skim Wakalah Zakat Sekolah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman, Pengurus Zon Timur Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang). Skim Wakalah Zakat Sekolah-Sekolah diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk membantu PIBG sekolah disamping meningkatkan dana zakat. Bagi sekolah yang mencapai 90% kakitangan berzakat melalui potongan zakat bulanan (PZB) akan mendapat pengembalian zakat 30% untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf yang terdapat di sekolah-sekolah tersebut. 

Sebelum majlis perasmian penutup Pengerusi Pengelola Bersama Encik Jantan bin Yasin, Yang DiPertua Majlis Guru Besar Daerah Kuantan menyampaikan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama PKZ bersama warga pendidik sekaligus menyarankan agar program sebegini diteruskan pada masa hadapan kerana amat bermanfaat . 

Perasmian penutup dan Pelancaran Skim Wakalah Zakat Sekolah-Sekolah Daerah Kuantan disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut Encik Azhar bin Daud, Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah Kuantan, Ustaz Mohamad Fuad bin Mohamed Zainuddin Ketua Bahagian Khidmat Zakat Berjadual PKZ Pahang dan pihak pengurusan UNIPSAS.

Disediakan oleh :

Amin Kushairi Ramli, PKZ Kuantan

Unit Majikan PKZ Kuantan

Read 52 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG