Wednesday, 24 November 2021 07:35

FGV HOLDINGS, PSDC DAN RURAL CAPITAL MENUNAIKAN ZAKAT

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 23 November 2021 – Tiga badan korporat telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2020 berjumlah RM4,715,107.00 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Dewan Seminar, Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Badan korporat tersebut ialah FGV Holdings Berhad  yang diwakili oleh Pengerusi FGV Holdings Berhad, YBhg Dato’ Zulkifli bin Abd Wahab bagi menyerahkan zakat sebanyak RM4,551,148.00 manakala Pahang Skills Development Centre (PSDC) diwakili oleh Pengarah Eksekutif PSDC, Tuan Mohd Yusri Bin Mohd Nor menyerahkan zakat sebanyak RM100,000.00. Manakala Rural Capital Sdn Bhd pula diwakili oleh Ketua Cawangan Pahang Rural Capital Sdn Bhd, Puan Nur Suhara Binti Rosli menyerahkan zakat sebanyak RM63,959.00

Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh YH Dato’ Ahmad Hairi Bin Haji Hussain, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Negeri Pahang . Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat yang terlibat kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Disediakan oleh,
Ahmad Fauzi bin Mansor
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 33 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG