Thursday, 25 November 2021 08:39

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BENTONG BERZAKAT

Rate this item
(0 votes)

BENTONG, 18 November 2021 – Pertubuhan Peladang Kawasan Bentong telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2020 berjumlah RM 20,552.00 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Bentong dalam majlis serahan zakat perniagaan sempena mesyuarat Agung Tahunan PPK Bentong kali ke-41 yang bertempat di Dewan Jubli Sultan Ahmad Shah, Bentong Pahang.

Dalam majlis serahan zakat tersebut, Pengerusi PPK Bentong, YH Dato’ Sri Mohamad Zaini Bin Salleh telah mewakili PPK Bentong menyerahkan zakat perniagaan kepada Ustaz Mohmad Al Zahir Bin Shapiee, Penolong Pegawai PKZ Bentong.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Bentong kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Disediakan Oleh,

Ahmad Fauzi bin Mansor
Badan Perhubungan Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 29 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG