Wednesday, 12 September 2018 06:46

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PAHANG

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN 11 September 2018 Bersamaan 1 Muharam 1440 Hijrah –

Pusat Kutipan Zakat Pahang turut sama-sama menyertai perbarisan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1440 Hijrah/2018 yang diadakan di Padang MPK1 Kuantan. Lebih daripada 20 penyertaan daripada pelbagai jabatan kerajaan, agensi swasta, sekolah dan organisasi bukan kerajaan telah memeriahkan sambutan pada kali ini. Perbarisan Maal Hijrah ini telah diketuai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

Majlis Maal Hijrah kali ini dengan tema ‘Menyatuni Umat Membawa Rahmat’ telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertempat di dewan solat Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Baginda turut menyertai hampir 2,000 jemputan mendengar ceramah yang disampaikan kadi daerah Temerloh, Abdul Aziz bin Abdul Karim dan bacaan al-Quran oleh wakil negeri ke Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan 2018, Mohd Khalil Mohd Zari.

Dekan Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil, telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang 2018.

Hadir sama di dalam majlis tersebut termasuk Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh serta Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang

Read 146 times
© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG