Thursday, 20 September 2018 08:10

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

Rate this item
(0 votes)

12 September 2018, Kuantan - Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang bersama beberapa  pegawai kanan telah membuat kunjungan hormat terhadap Pengarah Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), YBhg Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus di pejabat beliau di Indera Mahkota, Kuantan.

Tujuan kunjungan tersebut sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Pengarah JPNP yang baharu. Di kesempatan ini juga YH Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud juga turut mengambil peluang menerangkan perkembangan pelaksanaan ‘Wajib Taksir Zakat Pendapatan’ yang sedang dilaksanakan oleh PKZ Pahang terhadap lebih tiga puluh ribu warga kementerian pendidikan di negeri Pahang.

Semoga hubungan baik yang terjalin antara dua jabatan ini dapat memantapkan lagi pengurusan zakat di negeri Pahang.

Read 43 times
© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG