Wednesday, 29 August 2018 08:22

PROGRAM BISNES TALK: BIZZAKAT MEMPROMOSIKAN BISNES ANDA

Rate this item
(1 Vote)

Kuala Lipis – 15 Ogos bersamaan  3 Zulhijjah 1439H

Satu program berbentuk bual bicara yang diberi nama Bisnes Talk : BizZakat Mempromosikan Bisnes Anda telah diadakan disini pada hari ini.

Bual bicara yang mengumpulkan seramai  30 orang peniaga yang terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan telah hadir ke program ini.

Bual bicara ini dilaksanakan bagi mempromosikan perniagaan peniaga-peniaga yang berada di sekitar Kuala Lipis ini melalui satu aplikasi yang dibina khas iaitu aplikasi BizZakat.

Melalui aplikasi BizZakat ini, peniaga-peniaga dapat mengiklankan perniagaan mereka secara percuma dan boleh menarik ramai pelanggan daripada merata tempat untuk membeli produk yang diniagakan oleh peniaga-peniaga ini.

Diharap melalui program bual bicara yang diadakan ini dapat memberi suatu impak yang baik kepada peniaga dan juga Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Read 153 times
© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG