Thursday, 25 October 2018 00:05

KARNIVAL USAHAWAN ASNAF 2018

Rate this item
(0 votes)

14 Oktober 2018 – PKZ Pahang sekali lagi telah bersama-sama menyertai dan menjadi ahli jawatankuasa kerja program Karnival Usahawan Asnaf 2018 yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang pada 11 hingga 14 Oktober 2018 di Dataran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.

Karnival tersebut adalah bersempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan dan isteri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah yang mewakili Menteri Besar, Yang DiPertuan Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak bin Mohammad, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman dan YAA Hakim Mahkamah Syariah, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohd Yunos.

Program Karnival ini telah dimeriahkan dengan pelbagai pengisian seperti Ceramah/ Forum selebriti dakwah, malam keseniaan Islam bersama kumpulan nasyid UNIC, Carnival Fun Run dan pelbagai pertandingan yang diadakan.

Selain daripada 130 para usahawan asnaf yang  mempromosi produk perniagaan mereka, PKZ Pahang telah menyediakan 25 buah gerai khas untuk para usahawan yang terdiri daripada pembayar zakat yang telah menyertai aplikasi BizZakat dan menawarkan pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan.

Selain daripada itu, PKZ Pahang juga menyediakan gerai khas untuk mempromosikan aplikasi BizZakat iaitu melalui acara Putar & Menang dan Cabutan Bertuah kepada para pengunjung yang hadir sepanjang empat hari karnival berlangsung. Para pengunjung hanya perlu muat turun aplikasi BizZakat untuk menyertai acara tersebut. Gerai BizZakat juga memaparkan ahli komitte BizZakat dan ahli BizZakat di dalam daerah Kuantan mengikut kategori perniagaan atau perkhidmatan masing-masing.

Pihak PKZ Pahang merakamkan ucapan terima kasih kepada MUIP selaku penganjur utama program dan para pegawai serta kakitangan PKZ Pahang yang telah menjayakan gerai BizZakat serta ahli BizZakat yang turut mengimarahkan program tersebut.

Read 47 times
© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG