Monday, 26 November 2018 03:24

SEMINAR DAN BANTUAN ZAKAT IPT

Rate this item
(0 votes)

Jengka – 14 November 2018, Bahagian Dakwah Pusat Kutipan Zakat Pahang telah berjaya melaksanakan program Seminar Zakat Peringkat IPT di Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Jengka bersempena dengan Majlis Penyerahan Agihan Zakat oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Seramai 200 orang pelajar yang terlibat daripada pelbagai fakulti telah didedahkan dengan ilmu zakat oleh Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang.  Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama daripada MUIP serta jawatankuasa kerja daripada kakitangan Akademi Pengajian Islam Kontemporari  UITM (ACIS).

Seminar ini berlangsung selama satu hari bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pengisian program adalah terbahagi kepada dua slot di mana slot pertama bertajuk “Falsafah Ibadah Zakat” telah disampaikan oleh Encik Mohd Aizat Syahmi bin Mohd Ali, Perunding Zakat Bahagian Dakwah PKZ Pahang dan slot kedua bertajuk “Perakaunan Zakat Perniagaan” telah disampaikan oleh Encik Zafridan bin Mohd Daud, Ketua Jabatan Pemasaran PKZ Pahang. Dalam pada itu turut disampaikan sumbangan zakat kepada para pelajar UITM yang layak menerima zakat oleh Ustaz Mohd Ali bin Mat Dasir, Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP yang turut disaksikan oleh Dr. Fauzi bin Azmi, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Pahang.

Program ini memberi impak yang positif dalam memahami kaedah perlaksanaan zakat di negeri Pahang, khususnya kepada para pelajar yang akan menjadi perintis dalam penyebaran dakwah berkenaan pensyariatan zakat.

Read 43 times
© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG