Monday, 26 November 2018 03:31

PKZ NAIB JOHAN PERBARISAN MAULID RASUL 1440H/2018M

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN 20 November 2018 Bersamaan 12 Rabiulawwal 1440 Hijrah –

Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang turut sama-sama menyertai perbarisan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Tahun 1440 Hijrah/2018 yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Sebanyak tiga puluh tiga (33) penyertaan daripada tiga (3) kategori termasuk badan kerajaan, badan berkanun/swasta/NGO dan sekolah/ipt telah memeriahkan sambutan pada kali ini. Perbarisan Maal Hijrah ini telah diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

Majlis Maal Hijrah kali ini dengan tema ‘Menyatuni Umat Membawa Rahmat’ telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertempat di dewan solat Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Hadir sama di dalam majlis tersebut termasuk Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Yang Dipertua Majlis ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, YDH Dato’ Sri Wan Abdul Wahid bin Wan Hassan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha.

PKZ Pahang telah Berjaya merangkul tempat kedua bagi kategori Badan Berkanun/Swasta/Ngo Johan kategori berjaya digondol oleh kontijen Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) manakala tempat ketiga dimenangi oleh kontijen Yayasan Pahang. Masing-masing membawa pulang wang tunai, sijil dan plak.  Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud turut hadir bagi menerima hadiah yang  disampaikan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang.

Read 34 times
More in this category: « SEMINAR DAN BANTUAN ZAKAT IPT
© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG