Thursday, 20 December 2018 06:30

EMINAR ZAKAT IPT @ UMP - GEN Z 2018

Rate this item
(0 votes)

Gambang- 14 Disember 2018 Pusat Kutipan Zakat Pahang melalui Bahagian Dakwah buat ke sekian kalinya berjaya melaksanakan program Seminar Zakat @ IPT di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Program seminar zakat ini dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP). Seramai 150 orang pelajar yang terlibat daripada pelbagai bidang telah didedahkan dengan ilmu zakat serta proses perlaksanaannya di negeri Pahang.

Seminar ini berlangsung dari jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Pengisian program terbahagi kepada dua slot di mana slot pertama bertajuk “Pensyariatan Zakat” telah disampaikan oleh Tuan Hj Che Samsol B. Ibrahim, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang dan slot kedua bertajuk “ Zakat Harta” yang telah disampaikan oleh Ustaz Felza Zulrrafaaee B. Abd Hamid selaku Ketua Bahagian Dakwah PKZ Pahang.

Program ini memberi impak yang positif dalam memahami kaedah perlaksanaan zakat di negeri Pahang, khususnya kepada para pelajar yang akan menjadi perintis dalam penyebaran dakwah berkenaan pensyariatan zakat.

Semoga dengan program ini dapatlah dakwah zakat disebar luas dengan cara langsung atau tidak oleh para pelajar yang hadir.

Read 326 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG