Thursday, 20 December 2018 06:36

SEMINAR ZAKAT IPT @ KUIPSAS

Rate this item
(1 Vote)

Kuantan- 15 Disember 2018 Sabtu, Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS) telah mengadakan seminar zakat kepada para pelajar yang dikenali sebagai Seminar Zakat @ IPT.

Menerusi kerjasama antara PKZ dan KUIPSAS, PKZ telah berjaya menjadikan seminar ini sebagai acara tahunan yang wajib dilaksanakan. Seramai 300 orang pelajar terlibat dan terdiri daripada pelajar Dakwah, Syariah dan Kewangan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Dato Haji Yahya Bin Zainal Abidin selaku Rektor (KUIPSAS) dan wakil perasmi daripada Pusat Kutipan Pahang (PKZ) adalah Ustaz Felza Zulrrafaaee Bin Abd Hamid.

Seminar ini berlangsung selama satu hari bermula dari jam 8 pagi sehingga 4.30 petang dan mengandungi lima slot di mana slot pertama bertajuk “Pensyariatan Zakat” telah disampaikan oleh Ustazah Fatin Nor Azrin Omar, Penolong Pegawai Dakwah, slot kedua bertajuk “Pengenalan Pengiraan Zakat Harta” telah disampaikan oleh Ustaz Felza Zulrrafaaee Abd Hamid, Ketua Bahgian Dakwah, slot ketiga bertajuk “ Pengenalan Zakat Perniagaan” telah disampaikan oleh Ustaz Zafridan Mohd Daud, Ketua Bahagian Pemasaran. Manakala slot keempat dan kelima merupakan slot kajian kes dimana para pelajar diberi soalan dan hendaklah menjawab segala permasalahan yang terdapat pada soalan yang diedarkan.

Dengan kaedah tersebut, dapatlah diketahui pemahaman para pelajar berkaitan apa yang disampaikan oleh pembentang. Alhamdulillah berdasarkan hasil kajian kes tersebut para pelajar dapat memahami kaedah perlaksanaan zakat di negeri Pahang.

Semoga program ini menjadi salah satu medium dalam menyampaikan pengetahuan berkaitan perlaksanaan zakat dan memberi kesedaran awal kepada para pelajar tentang kepentingan zakat itu sendiri.

Read 722 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG