Monday, 31 December 2018 06:25

PENAFIAN VIRAL WHATSAPP DAN FACEBOOK

Rate this item
(0 votes)

Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang MENAFIKAN maklumat berkenaan bantuan persekolahan, 2 pasang pakaian sekolah & baucer yuran sebanyak RM150.00 untuk asnaf fakir dan miskin dikeluarkan oleh pihak PKZ Pahang.

PKZ Pahang hanyalah badan yang menguruskan urusan kutipan Zakat Harta, manakala urusan agihan zakat dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Sebarang maklumat berkenaan agihan zakat boleh merujuk ke laman sesawang www.muip.gov.my atau di Facebook MUIP.

Sebarang info berkaitan agihan atau bantuan pendidikan boleh terus hubungi pegawai MUIP di talian 09-4221311.

YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud
Pengurus Besar kanan
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 566 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG