Friday, 25 January 2019 02:58

Majlis Serahan Zakat oleh Komuniti Peniaga R&R Gambang

Rate this item
(0 votes)

GAMBANG, 12 Januari 2019 – Program Ceramah dan Serahan Zakat oleh persatuan komuniti R&R Gambang bersama Pusat Kutipan Zakat Pahang serta ANIH Berhad.

Julung kalinya PKZ Pahang bekerjasama dengan ANIH Bhd mengadakan program berbentuk ceramah dan juga serahan zakat beramai-ramai oleh para peniaga yang memiliki gerai di R&R Gambang Timur & Barat.

Turut hadir ke program tersebut ialah Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pegawai Kanan Fasiliti ANIH Bhd iaitu Puan Zaimawar bt Mohd Sah serta Pengerusi Persatuan Pengendalian Gerai R&R Gambang Timur iaitu Puan Norazian bt Ismail.

Program ini berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 5 petang. Seramai 25 orang peniaga menyerahkan zakat mereka dan dimeriahkan lagi pada sebelah petang dengan aktiviti kuiz serta agihan kuih traditional secara percuma kepada para pengunjung yang singgah di R&R Gambang Timur.

Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang positif daripada peniaga-peniaga dan juga para pengunjung dalam menerima dan memahami dakwah zakat serta pelaksanaannya.

Read 333 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG