Tuesday, 05 March 2019 07:28

FIT FOR HAYAT, FIT FOR BERKAT

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 23 Februari 2019 – Program kecergasan khas untuk wanita di negeri Pahang anjuran Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan kerjasama Persatuan Fitnes Kuantan.

Program kecergasan khusus untuk wanita sahaja ini diadakan secara tertutup khas bagi semua wanita yang berada di negeri Pahang. Seramai 180 orang peserta yang hadir, program ini berlangsung bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 12 tengahari.

Program berbentuk santai ini diadakan bagi menarik masyarakat awam dalam mengetahui peranan PKZ serta info-info zakat harta yang ada terutama dalam mempromosikan direktori yang dibina khas oleh PKZ dalam membantu para usahawan yang membayar zakat di PKZ terutama pembayar zakat perniagaan.

Slot kecergasan tersebut dipimpin oleh beberapa instruktur-instruktur yang berpengalaman, dalam pada masa yang sama pengisian dari PKZ turut disampaikan iaitu perkongsian maklumat berkaitan BizZakat kepada semua peserta yang hadir.

Alhamdulillah, dengan terlaksananya program ini dapat lah menyebar luaskan lagi info tentang BizZakat serta zakat-zakat harta yang lain.

Read 80 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG