Monday, 01 April 2019 06:12

Operasi Sepadu Bizzakat Zon Timur 2019

Rate this item
(1 Vote)

Bizzakat adalah satu direktori yang menyenaraikan para peniaga atau usahawan di negeri Pahang yang mempunyai rekod pembayaran zakat di Pusat Kutipan Zakat Pahang. Para usahawan yang disenaraikan ini terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan meliputi makan dan minum, barangan serta perkhidmatan dari setiap daerah atau kawasan di negeri Pahang.

Sepanjang Mac, PKZ Zon Timur telah mengunjungi kembali terhadap seramai 521 orang pembayar zakat di daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengemaskini rekod ahli-ahli Bizzakat seperti gambar premis, info promosi dan juga lokasi perniagaan untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan peniaga Muslim di seluruh Pahang.

Aktiviti kunjungan ini, mengambil masa selama 10 hari dengan penglibatan hampir 20 orang petugas khas yang terdiri daripada seorang wakil dari setiap pejabat-pejabat PKZ Pahang. Berikut adalah keputusan kunjungan yang Berjaya dilaksanakan ;

BIL

PEJABAT

DATA KUNJUNGAN

SIAP 

KEMASKINI

1

Kuantan

285

237

2

Pekan

105

87

3

Muadzam

72

58

4

Rompin

59

49

JUMLAH

521

431

Semoga kunjungan ini dapat membantu ahli-ahli Bizzakat menyebarluaskan lagi promosi perniagaan masing-masing melalui direktori Bizzakat.

Sekian,

Hairul Nain bin Mkhtar

Unit Bizzakat Zon Timur  

Read 635 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG