Tuesday, 02 April 2019 07:56

TAKLIMAT WAJIB TAKSIR ZAKAT DI IPT

Rate this item
(1 Vote)

Pada bulan Mac lalu, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah mengadakan Taklimat Wajib Taksir Zakat (IPT) di Iinstitut Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Kuantan iaitu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan  dan juga Kolej Profesional Mara, Bandar Indera Mahkota Pahang.

Taklimat WTZ tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman selaku Pengurus Zon Timur, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang). Turut hadir Tuan Haji Mohd Azmi bin Ismail selaku Pengarah Pentadbiran UIAM Kuantan dan juga Timbalan Pengarah KPM Indera Mahkota, Pahang, En Muhammad Fadzly bin Jamaluddin.

Tujuan taklimat tersebut adalah untuk menjelaskan kepada semua penyarah bahawa mereka berkewajipan untuk membuat taksiran zakat sebenar secara atas talian (online) setelah mendapat penerangan khas tersebut. Sekiranya taksiran tersebut positif zakat maka digalakkan membuat bayaran zakat secara ansuran melalui kaedah potongan gaji agar tidak membebankan mereka. Hasilnya 56 borang potongan gaji berjaya dikutip sempena program tersebut.

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.

Disediakan oleh :

Sdr Hairul Nain bin Mkhatar

Read 328 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG