Thursday, 11 April 2019 03:51

SASARAN KUTIPAN ZAKAT 2019 ; 145 JUTA

Rate this item
(1 Vote)

Alhamdulillah hasil kutipan zakat harta pada tahun 2018 telah dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang iaitu RM130.0juta. Bagi tahun 2018, kutipan zakat harta bagi seluruh negeri Pahang adalah sebanyak RM131.5juta. Ini bermaksud berlakunya peningkatan sebanyak 4.0% berbanding kutipan tahun 2017 iaitu sebanyak RM126.6juta. Dari segi bilangan, jumlah pembayar yang membayar zakat harta pada tahun 2018 adalah sebanyak 85,818 orang berbanding dengan tahun 2017 seramai 83,169 orang.

Penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dan harta yang dibuat melalui potongan gaji. Sebanyak RM52.9juta telah diterima melalui potongan gaji dengan bilangan pembayar seramai 59,079 orang. Amaun kedua terbesar adalah diterima daripada zakat perniagaan yang meliputi badan-badan korporat serta lain-lain perniagaan. Jumlah yang diterima daripada kategori ini adalah sebanyak RM43.0juta.

Bagi tahun 2018, dengan pelbagai pelan strategik yang telah dirancang PKZ berkenyakinan untuk menggapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu RM 145 juta dan sasaran pembayarn seramai 98,500 orang.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT.

Read 184 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG