Thursday, 11 April 2019 05:57

PENGURUS BESAR KANAN PKZ PAHANG MEMBERI PENERANGAN WAJIB TAKSIR ZAKAT KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

Rate this item
(1 Vote)

11 April 2019, Kuantan - Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah membuat kunjungan hormat terhadap Yang Berhomat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK), Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak di pejabat beliau di Wisma Sri Pahang Kuantan.

Semasa perjumpaan itu, YH Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud telah mengambil kesempatan menerangkan perkembangan pelbagai kempen zakat yang sedang dilaksanakan oleh PKZ Pahang terutama berkaitan pelaksanaan proses ‘Wajib Taksir Zakat Pendapatan’ (WTZ) yang sedang dilaksanakan di negeri Pahang. YB Dato’ Sri SUK telah menyumbangkan beberapa idea dan saranan yang bernas bagi penambahbaikan proses perlaksanaan WTZ ini.

Sebelum itu juga, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud juga telah membuat kunjungan hormat terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail bagi menerangkan proses WTZ ini .

Semoga hubungan baik yang terjalin dengan pentadbiran negeri dapat memantapkan lagi pengurusan zakat di negeri Pahang.

Read 154 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG