Thursday, 25 April 2019 01:53

JALINAN KERJASAMA BERSAMA ANIH BERHAD 2019

Rate this item
(0 votes)

Temerloh – 23 April 2019 , Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah lama mempunyai
jalinan kerjasama yang baik dengan pihak ANIH Berhad selaku konsesi Lebuhraya
Pantai Timur Satu (LPT1), antaranya melalui penyediaan taqwim solat tahunan kepada
surau-surau ANIH dan penganjuran beberapa program bagi mendekatkan masyarakat
dengan kedua-dua badan ini.

Dalam proses menggiatkan dakwah kepada orang ramai tentang kewajipan berzakat,
pada hari ini pihak PKZ sekali mengadakan program kolaborasi dengan pihak ANIH
Berhad. Program ini dijalankan di hentian Rehat dan Rawat (RR) kawasanTemerloh
Timur yang dihadiri oleh para peniaga RR Temerloh Timur dan Barat, Ahli BizZakat
daerah Temerloh dan pimpinan-pimpinan kampung berhampiran. Kesluruhannya
seramai 104 orang tetamu jemputan telah hadir pada program tersebut.
Dalam program tersebut, PKZ Pahang telah menerima bayaran zakat
perniagaan berjumlah RM 2,415,913.88 pihak ANIH Berhad. Selain daripada itu, PKZ
Pahang turut mengadakan simbolik penyerahan papan tanda solat jamak
qasar dan bahan paparan untuk Highway Information System (TV LPT).

Acara penyerahan zakat perniagaan ANIH Berhad telah disempurnakan oleh
Encik Ainul Hasri Shah bin Abu Hassan, Ketua Operasi dan Penyelenggaraan ANIH
Berhad kepada Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan
Zakat Pahang. Semoga pihak ANIH Berhad dan para peniaga di bawah naungan ANIH
mendapat keberkatan daripada Allah.

Read 109 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG