Monday, 17 June 2019 01:00

MAJLIS BERBUKA PUASA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN

Rate this item
(0 votes)

Kuantan – Pada 16 Mei 2019, Kira-kira seramai 190 orang Ketua Jabatan kerajaan dan swasta di seluruh Pahang berbuka puasa bersama YB Dato Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Sulit Kerajaan Negeri Pahang yang bertempat di Astana Ballroom, Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang.

Ketika berucap di dalam majlis tersebut, YB  Dato Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah menyatakan bahawa hanya 41% daripada 75,000 kakitangan awam di negeri pahang yang telah berzakat. Beliau mengharapkan semua majikan dan kakitangan awam yang bertugas di negeri Pahang terus memberi sokongan terhadap program wajib taksir yang sedang dijalankan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang selaku agensi di bawah Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Beliau juga menegaskan bahawa bermula tahun hadapan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah akan diluluskan, bagi mewajibkan semua majikan membuat pelaporan tentang maklumat pekerja di bawah mereka.

Dalam majlis itu juga, pihak MUIP memberi penerangan berkenaan proses Wajib Taksir Zakat (WTZ) dan maklumat berkenaan jenis-jenis bantuan zakat di bawah MUIP  kepada hadirin yang datang. Beberapa majikan terpilih juga turut menerima Anugerah Potongan Zakat Berjadual Terbaik daripada Yang Berhormat Setiausaha Sulit Kerajaan Negeri Pahang.

Turut memeriahkan majlis, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ).

Read 147 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG