Monday, 17 June 2019 04:15

KDYMM SPB YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENERIMA ZAKAT PERNIAGAAN SEBANYAK RM 9.4 JUTA

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN 30 Mei – KDYMM Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah  telah berkenan mencemar  duli untuk bersama penduduk Kuantan dalam majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan Bantuan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan .

“Dengan adanya majlis seperti ini, ia dapat merapatkan lagi hubungan antara raja dan rakyat, sesuai dengan slogan pemerintahan Almarhum Paduka Ayahanda iaitu Raja dan Rakyat Berpisah Tiada. Justeru, saya akan meneruskan legasi peninggalan Almarhum Paduka Ayahanda saya sebagaimana bertautnya aur dengan tebing, begitulah eratnya hubungan saya dengan rakyat jelata semua. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang menyerahkan zakat perniagaan pada hari ini dan semua syarikat-syarikat yang telah pun berbuat demikian,”  titah Seri Paduka Tuanku di dalam jalis tersebut.

Mengiringi baginda, paduka anakanda Yang Amat Mulia Mejer Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Hajjah Meriam Sultan Haji Ahmad Shah merangkap Yang Dipertua Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan suami serta Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah.

Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Yang DiHormati Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Yang Di-Pertuan Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Haji Ishak Mohammad, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman, barisan exco negeri dan pegawai-pegawai kanan negeri dan daerah.

Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM 9.448,299.72 juta

Badan Korporat yang membayar zakat perniagaan masing-masing ialah Lembaga Tabung Haji sebanyak - RM 4,597,045.24, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) - RM2,383,499.45, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad - RM760,158.00, Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa Takaful Berhad - RM 543,500.00, Bank Islam Malaysia Berhad - RM 364,699.71, AgroBank - RM 275,500.00, Bank Muamalat Malaysia Berhad - RM 274,806.97, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) - RM 161,880.97 dan CELCOM Axiata Berhad - RM 114,210.00.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat tersebut kerana telah melaksanakan ibadah zakat.

Read 172 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG