Print this page
Wednesday, 03 July 2019 08:38

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PKZ PAHANG 2019

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 26 Jun 2019 - Dalam meraikan bulan Syawal yang penuh meriah, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat PKZ Pahang pada 26 Jun 2019 bersamaan 22 Syawal 1440 Hijriyyah.

Para jemputan mulai hadir pada jam 11 pagi dan terus memenuhi Bilik Seminar Ibu Pejabat PKZ Pahang sehingga jam 2.30 petang. Rumah terbuka tersebut telah dihadiri lebih 400 orang tetamu yang terdiri daripada para pembayar, ejen–ejen zakat dan wakil-wakil jabatan sekitar Kuantan.

Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran YH Dato’ Sri Md Shariff bin Shamsuddin, Ahli Majlis Ugama Islam Pahang, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussin, Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Prof Madya Dr. Mohd Zawawi bin Zainal Abidin, Rektor Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah.

Para kakitangan PKZ Pahang tidak melepaskan peluang untuk saling beramah mesra dengan tetamu di samping dapat menyampaikan info mengenai zakat dan PKZ Pahang. Pihak PKZ Pahang menyediakan pelbagai juadah hari raya yang terdiri daripada nasi minyak, sate, mee kari, lemang, dan lain-lain serta kuih muih untuk dinikmati oleh semua tetamu yang hadir.

Pengurus Besar Kanan, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud mewakili pihak PKZ Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang memeriahkan majlis dan berharap semua pihak dapat bersama- sama PKZ Pahang dalam meningkatkan kesedaran Masyarakat Islam khususnya di Negeri Pahang bagi menunaikan kefardhuan Zakat dengan jayanya.

‘Seindah Ramadan Semeriah Syawal, Tunaikan Zakat Sebagai Amal’

Read 235 times