Monday, 08 July 2019 06:51

PKZP BERJAYA DISYORKAN UNTUK DITERUSKAN PERSIJILAN ISO 9001:2015 DAN MS 1900:2014

Rate this item
(1 Vote)

Kuantan – Pada 12 Jun yang lalu, Pusat Kutipan Zakat Pahang telah berjaya mendapat pengiktirafan dari SIRIM QAS melalui audit pensijilan semula standard baru ISO 9001 : 2015 dan audit pematuhan pensijilan MS 1900 : 2014 (Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah), standard baru MS ISO 9001:2015 . Kejayaan tahun ini adalah kejayaan tahun yang ke 7 PKZ memperolehi 2 pensijilan serentak sejak dari tahun 2013 yang lalu.

Proses audit dari SIRIM QAS dilaksanakan selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Jun lalu telah melibatkan semua bahagian di Ibu Pejabat PKZ dan 4 pejabat cawangan PKZ. Melalui audit ini, PKZ berjaya mengekalkan keputusan untuk tempoh 2 tahun berturut-turut dengan tiada Laporan Ketidakpatuhan (NCR) direkodkan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa PKZ sangat komited memberi perkhidmatan kutipan zakat harta yang berkualiti kepada masyarakat negeri Pahang malahan pengurusannya secara keseluruhan mematuhi kehendak Syarak.

Sebagai penambahbaikan, PKZ akan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan memastikan pengurusan sistem kualiti yang dilaksanakan mencapai standard yang telah ditetapkan.

Read 89 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG