Thursday, 11 July 2019 06:50

ZAKAT BOLEH DIBAYAR MELALUI FPX

Rate this item
(0 votes)

Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam usaha memperluaskan kemudahan perkhidmatan bayar zakat kepada orang ramai. Saluran terkini bagi orang ramai membayar zakat adalah melalui aplikasi FPX (Financial Process Exchange) iaitu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia. Para pembayar zakat di Negeri Pahang kini boleh membuat bayaran dengan lebih mudah, cepat dan selamat secara atas talian di alamat https://secure.zakatpahang.my/etaksir/BayarFPXv1Web.aspx

Majlis pelancaran aplikasi tersebut telah disempurnakan oleh TYDP Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan di dalam Jamuan Aidilfitri Serta Pertemuan Eksklusif Bersama Media Negeri Pahang pada 3 Julai 2019 bertempat di Al Dante Pasta Palace, Kuantan. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Setiausaha MUIP, Dato’ Ahmad Hairi bin Hussin serta para pegawai dan kakitangan PKZ Pahang.

“ZAKAT DI HUJUNG JARI ANDA”

Read 182 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG