Friday, 12 July 2019 07:35

BADAN KORPORAT MENUNAIKAN ZAKAT

Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR, 08 Julai 2019 – Empat badan korporat telah menyerahkan zakat
perniagaan bagi tahun 2018 berjumlah RM4,065,029.04 kepada Majlis Ugama Islam Dan
Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Badan korporat tersebut ialah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)
yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus bagi
menyerahkan zakat sebanyak tiga juta tinggit (RM3juta) manakala Maybank Islamic
Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, YBhg. Dato’ Mohamed
Rafique Merican bin Mohd Wahiduddin Merican menyerahkan zakat sebanyak
RM765,029.04.

Fomema Sdn Bhd (FOMEMA) pula diwakili oleh Pengerusinya, YM Tengku Abu Bakar
Ahmad bin Tengku Tan Sri Abdullah dan Affin Islamic Bank Berhad (AIBB) diwakili oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Encik Nazlee bin Khalifah, masing-masing
menyerahkan zakat sebanyak dua ratus ribu (RM200,000.00) dan seratus ribu ringgit
(RM100,000.00).

Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di dalam Mesyuarat MUIP Kali Ke-
177. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Puteri Seri Lela
Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
Al-Musta’in Billah, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Dr. Haji Abdul
Rahman bin Haji Osman, Timbalan Yang Dipertua MUIP, YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul
Wahid bin Haji Wan Hassan dan Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang,
Dato’ Haji Halidan bin Md Daud serta serta ahli-ahli Mesyuarat MUIP.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di
dunia dan akhirat kepada semua badan korporat yang terlibat kerana melaksanakan
ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Read 221 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG