Thursday, 01 August 2019 06:05

ASNAF ROMPIN TERIMA BANTUAN PERALATAN UNTUK MENJANA PENDAPATAN

Rate this item
(0 votes)

ROMPIN. 19 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin yang diketuai oleh Muhammad Nabil b. Mohamad Fauzi, Pengurus MUIP Cawangan Rompin telah menyampaikan bantuan zakat peralatan kepada 4 orang asnaf daerah ini, iaitu Encik Md Azahar Bin Arifin dari Desa Wawasan Kampung Pianggu, Encik Abdullah Bin Sudin dari Kampung Jawa, Encik Lut Bin Ahmad dari Kampung Sepayang, serta Encik Ramli Bin Awang dari Kampung Belangkap.

Encik Md Azahar yang diwakili oleh isterinya telah menerima sebuah mesin memproses air soya serta sebuah peti sejukbeku, Encik Abdullah pula menerima sebuah mesin pengadun 10 liter, sebuah Oven 100 liter, serta sebuah pengisar (blender) heavy duty, manakala Encik Lut Bin Ahmad dari Kampung Sepayang dan Encik Ramli Bin Awang dari Kampung Belangkap masing-masing menerima sebuah enjin bot 5 kuasa kuda setiap seorang, dan keseluruhan bantuan yang disampaikan berjumlah RM 9500.

Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh asnaf-asnaf berkenaan untuk meningkatkan usaha mereka menambah pendapatan keluarga seterusnya mengeluarkan diri mereka dari garis kemiskinan.

Sumber : http://ezakat.muip.gov.my

Read 320 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG