Thursday, 01 August 2019 07:02

SEMBANG SANTAI ZAKAT PENGHASILAN SARANG BURUNG WALIT

Rate this item
(0 votes)

Muadzam, 20 Julai Ogos 2019 bersamaan 17 Zulkaedah 1440H;

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah mengadakan perbincangan santai berkenaan zakat penghasilan sarang burung walit bersama-sama 30 orang ahli persatuan burung walit Muadzam Shah bertempat di Felda Keratong 5 pada 20 Julai 2019 lalu.

Perbincangan santai itu telah diketuai oleh Haji Mohd Azmi bin Othman, Pengurus PKZ Zon Kuantan. Perbincangan adalah berkisar tentang kaedah pengiraan zakat perniagaan yang mereka usahakan dengan mengambilkira pendapatan dan kos-kos yang perlu mereka tanggung. Alhamdulilah di penghujung program, sembilan daripada mereka terus menunaikan pendahuluan zakat perniagaan masing-masing kepada pegawai bertugas pada hari itu.

Turut hadir di dalam majlis ringkas ini ialah Tuan Haji Yahaya bin Darus, Pengerusi Persatuan Burung Walit Keratong dan Encik Mohd Nadhir Syafiq bin Rameli, Penyelia PKZ Cawangan Muadzam Shah.

Tuan Haji Yahaya telah melahirkan rasa gembira beliau di atas perbincangan dua hala yang telah diadakan. “Saya rasa bersyukur kerana PKZ telah mendedahkan kepada kami tentang kewajipan zakat hasil burung walit pada hari ini. Alhamdulilah dengan rezeki kenaikan harga sarang burung yang hampir mencecah RM3,500 sekilo insya’ Allah saya yakin rasa ramai di kalangan kami  akan menjadi membayar zakat kepada PKZ Pahang nanti”.

Disediakan oleh,

Mohd Iffiq bin Jamaluddin
Pegawai Zakat Muadzam Shah

Read 363 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG