Tuesday, 13 August 2019 06:18

PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI FPX DAPAT SAMBUTAN

Rate this item
(0 votes)

Saluran pembayaran zakat terkini bagi orang ramai berzakat adalah
melalui aplikasi FPX (Financial Process Exchange) iaitu kaedah
pembayaran online terkini di Malaysia. Walaupun saluran ini baru
dilancarkan dalam tempoh sebulan yang lalu, capaian pembayar telah
mengumpul seramai 54 orang dengan amaun menjangkau hampir 30 ribu
ringgit.

Pelancaran aplikasi FPX ini telah disempurnakan oleh TYDP Majlis Ugama
Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) merangkap Pengerusi Pusat
Kutipan Zakat Pahang, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan
Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan pada 3 Julai 2019 lalu bertempat Al
Dante Pasta Palace, Kuantan.

Para pembayar zakat di Negeri Pahang kini boleh membuat bayaran
dengan lebih mudah, cepat dan selamat secara atas talian di laman
sesawang PKZ Pahang di alamat https://new.zakatpahang.my/ atau portal
e-taksir di alamat https://etaksir.zakatpahang.my/

Read 336 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG