Wednesday, 14 August 2019 04:45

MINDA IMAM BESAR – PKZ SEBAGAI PENGANJUR EKSKLUSIF

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 7 Ogos 2019 – Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan dengan kerjasama Pusat
Kutipan Zakat Pahang telah menganjurkan satu program yang dinamakan Minda Imam Besar.
Program yang berbentuk Kuliah Dhuha Bersiri ini telah disampaikan oleh YH Ustaz Dato’ Haji
Badli Shah bin Haji Alauddin yang membincangkan tajuk “Tanda-Tanda Kiamat” . program MIB
ini telah pun bermula pada 7 Ogos yang lalu dan akan diadakan secara bersiri pada setiap hari
Rabu bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.

Kuliah Dhuha Minda Imam Besar ini disiarkan secara eksklusif oleh Media Zakat Pahang
dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan secara langsung menerusi
zakatpahang.tv dan semua pengguna facebook dijemput untuk turut serta dalam program
tersebut.

Dengan penganjuran program sebegini masyarakat bolehlah menambah ilmu pengetahuan dan
dalam pada masa yang sama PKZ dapat menyebarkan dakwah zakat secara berterusan
kepada masyarakat untuk difahami perlaksanaannya.

Read 77 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG