Wednesday, 14 August 2019 07:47

LAWATAN KERJA SEHARI PKZ PAHANG KE ZAKAT PULAU PINANG

Rate this item
(0 votes)

Kuantan – 6 Ogos 2019 bersamaan 5 Zulhijjah 1440H
Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah membuat lawatan `benchmarking' ke ibu pejabat
Zakat Pulau Pinang (ZPP) bagi perkongsian perancangan strategik operasi kutipan zakat antara
dua pihak.

Lawatan tersebut diketuai Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md.
Daud dan disertai Ketua Bahagian Korporat, Haji Che Samsol bin Ibrahim, Ketua Bahagian
Pemasaran, Zafridan bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Dakwah, Felza Zulrrafaaee bin Abdul
Hamid dan para pegawai yang mewakili pejabat Zon Timur, Tengah dan Barat. Ketibaan YH
Dato’ dan para pegawai pada pagi itu telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif
ZPP(CEO), Encik Amran bin Hazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kutipan, Encik
Mohamad Fuad bin Md Isa dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Agihan, Encik Mohamad
Kairi bin Ghazalli serta pegawai-pegawai kanan Zakat Pulau Pinang.

Lawatan ini turut membincangkan mengenai perkhidmatan dan aplikasi yang disediakan oleh
kedua-dua pihak kepada pembayar zakat bagi memenuhi tuntutan Industrial Revolution 4 (IR
4.0).

Semoga dengan perkongsian tersebut dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua belah
pihak dan masing-masing akan lebih proaktif dan berdaya maju dalam menyediakan
perkhidmatan zakat kepada orang ramai.

Read 54 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG