Thursday, 29 August 2019 03:54

PKZ SANTUNI MUZZAKI TIOMAN

Rate this item
(0 votes)

Rompin – 14 Ogos 2019 bersamaan 13 Zulhijjah 1441H, segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, pada 14 hingga 17 Ogos 2019 seramai 6 orang petugas daripada PKZ Zon Timur yang diketuai oleh Penolong Pegawai Zakat Daerah Kuantan, Ustaz Mohd Amran bin Haji Abd Hamid dan 5 orang pegawai zakat yang mewakili Pejabat Zon Timur telah mengadakan program kunjungan zakat bagi menyantuni pembayar-pembayar zakat perniagaan yang saban tahun menanti ketibaan kami untuk menyempurnakan rukun islam yang ketiga di Pulau Tioman, Rompin Pahang.

Alhamdulillah, pada tahun ini ada penambahan 10 orang pembayar baru sekaligus menjadikan bilangan pembayar zakat di pulau peranginan ini menjangkau ke angka 100 orang iaitu seramai 64 orang pembayar zakat perniagaan,12 daripadanya zakat  harta, 5 zakat simpanan dan 5 orang pembayar zakat pendapatan.

Objektif program tahun ini, adalah untuk mengekalkan 90% pembayar tahun lalu melalui aktiviti ziarah bersama Briged Zakat iaitu kunjungan petugas zakat bersama dengan wakil penduduk setempat yang terdiri daripada En Abd Khalid bin Mohamad (Pak Teh), Tuan Haji Mohamad Kamarudin bin Hitam (Kg Air Batang), Encik Darus bin A.Aziz (Pak Teh Darus) dari Kampung Tekek dan Encik Abd Kadir bin Harun dari Kampung Salang.

Semoga dengan kunjungan dan kerja dakwah kami ini dapat dapat meningkatkan lagi bilangan pembayar dan amaun zakat dimasa akan datang serta hubungan yang erat antara Pusat Kutipan Zakat Pahang khususnya Zon Timur dan Muzzaki Tioman.

 

Disediakan oleh

Mohd Hanif bin Mohd Nor

PPZ Rompin

2019

Read 107 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG