Kuantan, 26 Julai 2018 bersamaan 16 Zulkaedah 1439H; Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, pihak Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan MBSB Bank telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun perniagaan 2017 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bertempat di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang pada minggu lalu. Pihak FGV Holdings Bhd telah diwakili oleh Encik Zulkeffli Ahmad, Ketua Rakan Perniagaan Strategik Kumpulan (Business Partner) yang menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM 4,105,961.00. Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi PKZ Pahang, Yang Dihormat Dato’ Dri Wan Haji Andul…
  20 Julai 2018, Kuantan - Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah membuat kunjungan hormat terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail di Pejabat YAB Menteri Besar pada 20 Julai 2018 baru-baru ini. Tujuan kunjungan tersebut sebagai penghormatan dan rakaman perhargaan di atas perlantikan beliau sebagai YAB Menteri Besar Pahang ke 14. YH Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud juga turut mengambil kesempatan menerangkan perkembangan kempen zakat yang dilaksanakan olek PKZ Pahang terutama pelaksanaan ‘Wajib Taksir Zakat Pendapatan’…
RABU - Kuantan. Dalam meraikan bulan Syawal yang penuh meriah, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat PKZ Pahang pada 11 Julai 2018 bersamaan 27 Syawal 1439 Hijrah. Para jemputan mulai hadir pada jam 11 pagi dan terus memenuhi Bilik Seminar Ibu Pejabat PKZ Pahang sehingga jam 2.30 petang. Rumah terbuka tersebut telah dihadiri lebih 400 orang tetamu yang terdiri daripada para pembayar, ejen – ejen zakat dan wakil-wakil jabatan sekitar Kuantan. Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran YDH Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri…
KUANTAN 7 Jun – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang turut sama menyambut Program World#QuranHour (WQH) yang diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini jam 12 tengahari hingga 1 petang di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang melibatkan semua pegawai dan kakitangan. Program anjuran Kumpulan Media Karangkraf dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang telah memasuki edisi ketiga ini diadakan di lokasi utama iaitu di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM turut dihadiri oleh KDYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik. Selain lokasi di UIAM, program yang sama turut diadakan di lebih 2,000 hotspot…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG