Yan, 29 Ogos 2021– Beberapa orang pegawai kanan dan kakitangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang telah bertolak ke Kedah untuk menyertai Misi BantuanIhsan kepada mangsa bencana kepala air di daerah Yan Kedah yang berlaku pada 18 Ogos 2021 lalu. Majlis Ugama Islam Dan Adat Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah memperuntukan sebanyak RM50,000 untuk membantu mangsa-mangsa bencana di daerah tersebut. Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Dr Asmadi Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitul dan Operasi) MUIP kepada Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muzaffar Shah, Pegawai Daerah Yan bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan.Di dalam majlis tersebut juga, pihak JKM negeri Pahang juga turut…
PEKAN, 09 Julai 2021 – Sempena dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan di seluruh negara bermula 18 Mei 2021 lalu, maka banyak golongan yang terkesan dari segi kewangan akibat sekatan ekonomi yang dilaksanakan menyebabkan mereka tidak dapat mencari rezeki untuk tanggungan mereka. Memahami suasana itu, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah bertindak proaktif  menyampaikan bantuan kepada golongan yang berhak menerima bantuan di seluruh negeri Pahang. Dalam tempoh dua bulan PKP terlaksana, MUIP telah mengagihkan bantuan kepada 95,293 penerima dengan jumlah bantuan sebanyak RM21.4 juta dengan  penerima teramai adalah daripada golongan terkesan akibat pandemik…
KUANTAN, 28 JUN 2021 - Semua kakitangan kerajaan dan swasta yang berkhidmat di negeri Pahang diwajibkan membuat taksiran zakat pendapatan mereka. Taksiran zakat pendapatan boleh dibuat dengan mudah dan tepat secara atas talian melalui portal ezid.my. Bagi individu-individu yang belum pernah membuat taksiran zakat perlu mendaftar di portal ezid.my dan boleh membuat taksiran tersebut. Taksiran tersebut perlu dilakukan setiap tahun melalui portal ezid.my. Untuk tahun 2021, penghantaran arahan taksiran dalam bentuk surat dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada individu yang belum ada rekod bayar serta individu yang melebihi tiga tahun tidak mengemaskini bayaran zakat. Kakitangan yang gagal atau…
Dalam musim pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini, semua perkhidmatan kaunter jabatan-jabatan telah diarahkan tutup serta dilarang untuk berurusan dengan pihak luar termasuklah perkhidmatan kaunter Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang). Pilihan terbaik untuk orang ramai menunaikan kewajipan zakat dalam musim PKP ini adalah secara atas talian. Pembayaran zakat boleh dibuat melalui FPX (Financial Process Exchange), 11 saluran perbankan internet, aplikasi Pahang Go, portal MyEg, Pos Online dan E-Wallet. Kelebihan menunaikan zakat secara atas talian adalah ianya lebih cepat, selamat, boleh dilaksanakan di mana-mana dan yang lebih penting ianya dapat mengelak daripada jangkitan pandemic Covid-19. Sehingga ke 23 Jun…