Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam usaha memperluaskan kemudahan perkhidmatan bayar zakat kepada orang ramai. Saluran terkini bagi orang ramai membayar zakat adalah melalui aplikasi FPX (Financial Process Exchange) iaitu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia. Para pembayar zakat di Negeri Pahang kini boleh membuat bayaran dengan lebih mudah, cepat dan selamat secara atas talian di alamat https://secure.zakatpahang.my/etaksir/BayarFPXv1Web.aspx.  Majlis pelancaran aplikasi tersebut telah disempurnakan oleh TYDP Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan di dalam Jamuan Aidilfitri Serta Pertemuan Eksklusif Bersama Media Negeri Pahang…
Kuantan – Pada 12 Jun yang lalu, Pusat Kutipan Zakat Pahang telah berjaya mendapat pengiktirafan dari SIRIM QAS melalui audit pensijilan semula standard baru ISO 9001 : 2015 dan audit pematuhan pensijilan MS 1900 : 2014 (Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah), standard baru MS ISO 9001:2015 . Kejayaan tahun ini adalah kejayaan tahun yang ke 7 PKZ memperolehi 2 pensijilan serentak sejak dari tahun 2013 yang lalu. Proses audit dari SIRIM QAS dilaksanakan selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Jun lalu telah melibatkan semua bahagian di Ibu Pejabat PKZ dan 4 pejabat cawangan PKZ. Melalui audit ini, PKZ berjaya mengekalkan…
Kuantan, 26 Jun 2019 - Dalam meraikan bulan Syawal yang penuh meriah, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat PKZ Pahang pada 26 Jun 2019 bersamaan 22 Syawal 1440 Hijriyyah. Para jemputan mulai hadir pada jam 11 pagi dan terus memenuhi Bilik Seminar Ibu Pejabat PKZ Pahang sehingga jam 2.30 petang. Rumah terbuka tersebut telah dihadiri lebih 400 orang tetamu yang terdiri daripada para pembayar, ejen–ejen zakat dan wakil-wakil jabatan sekitar Kuantan. Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran YH Dato’ Sri Md Shariff bin Shamsuddin, Ahli Majlis Ugama Islam Pahang, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussin, Setiausaha…
KUANTAN 30 Mei – KDYMM Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah  telah berkenan mencemar  duli untuk bersama penduduk Kuantan dalam majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan Bantuan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan . “Dengan adanya majlis seperti ini, ia dapat merapatkan lagi hubungan antara raja dan rakyat, sesuai dengan slogan pemerintahan Almarhum Paduka Ayahanda iaitu Raja dan Rakyat Berpisah Tiada. Justeru, saya akan meneruskan legasi peninggalan Almarhum Paduka Ayahanda saya sebagaimana bertautnya aur dengan tebing, begitulah eratnya hubungan saya dengan rakyat jelata semua. Saya juga ingin merakamkan…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG