Kuantan – Pada 16 Mei 2019, Kira-kira seramai 190 orang Ketua Jabatan kerajaan dan swasta di seluruh Pahang berbuka puasa bersama YB Dato Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Sulit Kerajaan Negeri Pahang yang bertempat di Astana Ballroom, Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang. Ketika berucap di dalam majlis tersebut, YB  Dato Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah menyatakan bahawa hanya 41% daripada 75,000 kakitangan awam di negeri pahang yang telah berzakat. Beliau mengharapkan semua majikan dan kakitangan awam yang bertugas di negeri Pahang terus memberi sokongan terhadap program wajib taksir yang sedang dijalankan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang selaku…
RAUB - Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Raub telah diberi peluang untuk berkongsi ilmu berkaitan zakat dengan membuka kaunter di program-program yang berlangsung di sekitar Raub pada baru-baru ini. Kaunter zakat ini dibuka untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kewajipan berzakat. Program ini berlangsung pada hari dan tempat berbeza iaitu di Pejabat Kesihatan Raub, Masjid Mahabbah Raub dan Masjid Abu Bakar Raub. Selain dari itu, melalui jemputan ke program-program sebegini PKZ turut berpeluang untuk memberi taklimat secara ringkas berkenaan dengan Wajib Taksir Zakat (WTZ) yang mana masih ramai lagi orang di luar sana belum mengetahui dengan lebih jelas bagaimana kaedah…
Temerloh – 23 April 2019 , Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah lama mempunyaijalinan kerjasama yang baik dengan pihak ANIH Berhad selaku konsesi LebuhrayaPantai Timur Satu (LPT1), antaranya melalui penyediaan taqwim solat tahunan kepadasurau-surau ANIH dan penganjuran beberapa program bagi mendekatkan masyarakatdengan kedua-dua badan ini. Dalam proses menggiatkan dakwah kepada orang ramai tentang kewajipan berzakat,pada hari ini pihak PKZ sekali mengadakan program kolaborasi dengan pihak ANIHBerhad. Program ini dijalankan di hentian Rehat dan Rawat (RR) kawasanTemerlohTimur yang dihadiri oleh para peniaga RR Temerloh Timur dan Barat, Ahli BizZakatdaerah Temerloh dan pimpinan-pimpinan kampung berhampiran. Kesluruhannyaseramai 104 orang tetamu jemputan telah hadir…
11 April 2019, Kuantan - Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah membuat kunjungan hormat terhadap Yang Berhomat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK), Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak di pejabat beliau di Wisma Sri Pahang Kuantan. Semasa perjumpaan itu, YH Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud telah mengambil kesempatan menerangkan perkembangan pelbagai kempen zakat yang sedang dilaksanakan oleh PKZ Pahang terutama berkaitan pelaksanaan proses ‘Wajib Taksir Zakat Pendapatan’ (WTZ) yang sedang dilaksanakan di negeri Pahang. YB Dato’ Sri SUK telah menyumbangkan beberapa idea dan saranan yang bernas bagi penambahbaikan proses…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG