Alhamdulillah hasil kutipan zakat harta pada tahun 2018 telah dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang iaitu RM130.0juta. Bagi tahun 2018, kutipan zakat harta bagi seluruh negeri Pahang adalah sebanyak RM131.5juta. Ini bermaksud berlakunya peningkatan sebanyak 4.0% berbanding kutipan tahun 2017 iaitu sebanyak RM126.6juta. Dari segi bilangan, jumlah pembayar yang membayar zakat harta pada tahun 2018 adalah sebanyak 85,818 orang berbanding dengan tahun 2017 seramai 83,169 orang. Penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dan harta yang dibuat melalui potongan gaji. Sebanyak RM52.9juta telah diterima melalui potongan gaji dengan bilangan pembayar…
Pada bulan Mac lalu, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah mengadakan Taklimat Wajib Taksir Zakat (IPT) di Iinstitut Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Kuantan iaitu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan  dan juga Kolej Profesional Mara, Bandar Indera Mahkota Pahang. Taklimat WTZ tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman selaku Pengurus Zon Timur, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang). Turut hadir Tuan Haji Mohd Azmi bin Ismail selaku Pengarah Pentadbiran UIAM Kuantan dan juga Timbalan Pengarah KPM Indera Mahkota, Pahang, En Muhammad Fadzly bin Jamaluddin. Tujuan taklimat tersebut adalah untuk menjelaskan kepada semua penyarah bahawa mereka berkewajipan…
Bizzakat adalah satu direktori yang menyenaraikan para peniaga atau usahawan di negeri Pahang yang mempunyai rekod pembayaran zakat di Pusat Kutipan Zakat Pahang. Para usahawan yang disenaraikan ini terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan meliputi makan dan minum, barangan serta perkhidmatan dari setiap daerah atau kawasan di negeri Pahang. Sepanjang Mac, PKZ Zon Timur telah mengunjungi kembali terhadap seramai 521 orang pembayar zakat di daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengemaskini rekod ahli-ahli Bizzakat seperti gambar premis, info promosi dan juga lokasi perniagaan untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan peniaga Muslim di seluruh Pahang. Aktiviti kunjungan…
Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) merangkap Pengerusi Pusat Kutipan Zakat Pahang di atas penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat, Pembelajaran Adaptif : Ke Arah Inovasi Pendidikan daripada Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP). Majlis penganugerahan Ijazah tersebut telah disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar sempena Majlis Konvokesyen UCYP tahun 2019  yang berlangsung di Bukit Gambang Resort City, Kuantan pada 26 Mac 2019 lalu. Turut hadir di dalam mjalis tersebut Naib…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG