ROMPIN. 19 Julai 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin yang diketuai oleh Muhammad Nabil b. Mohamad Fauzi, Pengurus MUIP Cawangan Rompin telah menyampaikan bantuan zakat peralatan kepada 4 orang asnaf daerah ini, iaitu Encik Md Azahar Bin Arifin dari Desa Wawasan Kampung Pianggu, Encik Abdullah Bin Sudin dari Kampung Jawa, Encik Lut Bin Ahmad dari Kampung Sepayang, serta Encik Ramli Bin Awang dari Kampung Belangkap. Encik Md Azahar yang diwakili oleh isterinya telah menerima sebuah mesin memproses air soya serta sebuah peti sejukbeku, Encik Abdullah pula menerima sebuah mesin pengadun 10 liter,…
KUALA LUMPUR, 08 Julai 2019 – Empat badan korporat telah menyerahkan zakatperniagaan bagi tahun 2018 berjumlah RM4,065,029.04 kepada Majlis Ugama Islam DanAdat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.Badan korporat tersebut ialah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus bagimenyerahkan zakat sebanyak tiga juta tinggit (RM3juta) manakala Maybank IslamicBerhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, YBhg. Dato’ MohamedRafique Merican bin Mohd Wahiduddin Merican menyerahkan zakat sebanyakRM765,029.04.Fomema Sdn Bhd (FOMEMA) pula diwakili oleh Pengerusinya, YM Tengku Abu BakarAhmad bin Tengku Tan Sri Abdullah dan Affin Islamic…
Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam usaha memperluaskan kemudahan perkhidmatan bayar zakat kepada orang ramai. Saluran terkini bagi orang ramai membayar zakat adalah melalui aplikasi FPX (Financial Process Exchange) iaitu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia. Para pembayar zakat di Negeri Pahang kini boleh membuat bayaran dengan lebih mudah, cepat dan selamat secara atas talian di alamat https://secure.zakatpahang.my/etaksir/BayarFPXv1Web.aspx.  Majlis pelancaran aplikasi tersebut telah disempurnakan oleh TYDP Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan di dalam Jamuan Aidilfitri Serta Pertemuan Eksklusif Bersama Media Negeri Pahang…
Kuantan – Pada 12 Jun yang lalu, Pusat Kutipan Zakat Pahang telah berjaya mendapat pengiktirafan dari SIRIM QAS melalui audit pensijilan semula standard baru ISO 9001 : 2015 dan audit pematuhan pensijilan MS 1900 : 2014 (Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah), standard baru MS ISO 9001:2015 . Kejayaan tahun ini adalah kejayaan tahun yang ke 7 PKZ memperolehi 2 pensijilan serentak sejak dari tahun 2013 yang lalu. Proses audit dari SIRIM QAS dilaksanakan selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Jun lalu telah melibatkan semua bahagian di Ibu Pejabat PKZ dan 4 pejabat cawangan PKZ. Melalui audit ini, PKZ berjaya mengekalkan…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG