PEKAN – 17 Disember 2021 bersamaan 12 Jamadilawal 1443 Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak atau dikenali dengan panggilan mesra “Bossque” telah menunaikan kewajipan zakat pendapatan di Pusat Kutipan Zakat Daerah Pekan. Bayaran zakat beliau telah diterima oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud. Turut Bersama dalam majlis tersebut adalah Pengurus PKZ Zon Timur, Haji Mohd Azmi bin Othman dan Penyelia PKZ Cawangan Pekan, Haji Kahirul Anuar bin Abdullah Pusat Kutipan Zakat Pahang sangat menyambut baik di atas kesudian Dato’ Sri menunaikan kewajipan berzakat di negeri…
BENTONG, 01 Disember 2021 (Rabu) – Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2020 berjumlah RM 4,000,000.00 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(PKZ)  dalam majlis serahan zakat perniagaan sempena Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bertempat di Bilik Mesyuarat  Majlis Perbandaran Bentong , Bentong Pahang. Dalam majlis serahan zakat tersebut, Jawatankuasa Pengurusan PSK , YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah menyerahkan zakat perniagaan kepada YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud , Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang sambil disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang  Dato'…
KUANTAN, 25 November 2021 (Khamis) - 45 warga SMK Chengal Lempong, Kuantan (CheLSS) berazam untuk menyertai skim potongan zakat secara istiqamah melalui potongan gaji bulanan dalam Majlis Persefahaman Kerjasama Strategik dan Perkongsian Pintar bersama Pusat Kutian Zakat dan Wakaf Pahang. Program ini adalah lanjutan Majlis Pelancaran Skim Wakalah Zakat Sekolah-Sekolah melalui kolaborasi bersama Majlis Guru Besar (MGB) dan Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) pada 15 November 2021 yang lalu.  Pengetua SMK Cengal Lempong Tuan Haji Mohammad bin Che Ibrahim merupakan Pengetua Pertama mengundang PKZ ke sekolah untuk memberi penjelasan berkenaan zakat pendapatan dengan menggunakan platform Ezid.my. Di dalam ucapan aluannya, beliau…
BENTONG, 18 November 2021 – Pertubuhan Peladang Kawasan Bentong telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2020 berjumlah RM 20,552.00 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Bentong dalam majlis serahan zakat perniagaan sempena mesyuarat Agung Tahunan PPK Bentong kali ke-41 yang bertempat di Dewan Jubli Sultan Ahmad Shah, Bentong Pahang. Dalam majlis serahan zakat tersebut, Pengerusi PPK Bentong, YH Dato’ Sri Mohamad Zaini Bin Salleh telah mewakili PPK Bentong menyerahkan zakat perniagaan kepada Ustaz Mohmad Al Zahir Bin Shapiee, Penolong Pegawai PKZ Bentong. Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Pertubuhan Peladang Kawasan…