Buat julung kalinya, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) dijemput untuk bekerjasama menjayakan Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Pahang. Program yang berlangsung di Dewan Resident, Kuala Lipis ini dihadiri seramai 50 orang ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil dan juga seramai 70 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti, Giat Mara dan Kolej Vokesional sekitar Kuala Lipis ini. Dalam porgram ini, peserta yang hadir diberi penerangan berkaitan ilmu zakat harta dan diperkenalkan aplikasi ZakatKlik, Zakat Chat dan juga BizZakat. Peserta juga diberi peluang untuk menyertai BizZakat yang merupakan direktori usahawan yang membayar zakat bagi mempromosi perniagaan mereka.…
Masjid Sultan Ahmad Shah Bukit Goh – 15 Disember 2017 Bersamaan 27 RabiulAwal 1439H. Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Biro Dakwah Masjid Kampung Bukit Goh dalam melaksanakan satu kuliah dhuha yang bertajuk “Zakat Pemangkin Ekonomi Islam”. Sasaran yang hadir adalah terdiri daripada wanita-wanita di sekitar kawasan tersebut. Di mana kuliah tersebut dibuat diperkarangan luar Masjid Sultan Ahmad Shah Bukit Goh. Kuliah dhuha tersebut telah berlangsung pada jam 9 pagi sehingga 10 pagi, yang mana melibatkan seramai 54 orang jemaah yang terdiri daripada wanita di sekitar kampung tersebut, Taklimat tersebut disampaikan oleh Ustazah Fatin Nor Azrin…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG