10 Ogos 2018 – Muadzam Shah, Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman antara Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Universiti Tenaga Nasional cawangan Muadzam Shah. Pada jam 10.30 pagi, majlis ini dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan Dato’ Hj Halidan Md Daud diiringi oleh Haji Che Samsol Ibrahim Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang, disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha selaku naib canselor Universiti Tenaga Nasional. Turut hadir dalam majlis ini barisan wakil dari UNITEN Y.Bhg. Prof Dr Salina daud Naib Canselor, dan Y.Bhg. Prof Madya Dr Bakhtiar Alrazi Dekan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan, serta wakil Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia…
Kuantan, 8 Ogos 2018 bersamaan 26 Zulkaedah 1439H; Wakil rakyat kawasan Narathiwat merangkap Pengerusi Pendidikan Dan Kebajikan Anak Yatim Narathiwat, YB Tasneem binti Omar telah membuat lawatan kerja bagi mendapatkan pmaklumat menyeluruh tentang pengurusan zakat di negeri Pahang untuk diadaptasikan ke peringkat Majlis agama Islam wilayah Selatan Thailand terutamanya wilayah Narathiwat dan Songkhla. Lawatan tersebut adalah lawatan kunjung balas hasil daripada kunjungan Persatuan Anak Yatim Pahang (PEKAYA) ke Songkhla dan Narathiwat baru-baru ini yang turut disertai oleh Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud.  Selain perkongsian tentang maklumat zakat, YH Dato’ Halidan juga turut mengambil…
  Kuantan, 27 Julai 2018 bersamaan 17 Zulkaedah 1439H Selesai sudah program ‘My Kampung’ yang diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah Bukit Goh, pada jumaat yang lalu. Program tersebut yang dirasmikan oleh Pengerusi Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan bersama-sama Pengurus Besar PKZ Pahang Dato’ Haji Halidan b. Md Daud dan turut dihadiri oleh Pegawai Felda Bukit Goh, Encik Fadzli bin Shamsuddin dan Ketua Kampung Felda Bukit Goh, Tuan Haji Zahari bin Deraman. Turut terlibat sepanjang program tersebut termasuklah pihak Maybank, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Ar Rahnu Yapeim, Lembaga Tabung…
  Kuantan, 26 Julai 2018 bersamaan 16 Zulkaedah 1439H; Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, pihak Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan MBSB Bank telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun perniagaan 2017 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bertempat di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang pada minggu lalu. Pihak FGV Holdings Bhd telah diwakili oleh Encik Zulkeffli Ahmad, Ketua Rakan Perniagaan Strategik Kumpulan (Business Partner) yang menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM 4,105,961.00. Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi PKZ Pahang, Yang Dihormat Dato’ Dri Wan Haji Andul…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG