ZAKAT TERNAKAN

Definisi;

Zakat binatang ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu,kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

Syarat tambahan:

Hendaklah ianya Saimah iaitu dipelihara di padang terbuka pada kebanyakan masa di mana kehidupan dan kesihatannya hanya bergantung kepada pemakanannya di tempat terbuka itu.

KAEDAH KIRAAN

Zakat yang perlu dikeluarkan apabila bilangan ternakan melebihi kadar nisab seperti berikut :

  • Lembu / Kerbau : mencukupi 30 ekor atau lebih
  • Kambing / Biri-biri : mencukupi 40 ekor atau lebih
  • Unta : mencukupi 5 ekor atau lebih
© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG